Pada 6 Oktober 2012, syarikat Perancis Arkema dan rakan kongsi Koreanya CJ, telah menganjurkan majlis perletakan batu asas sebagai menandakan permulaan kerja di tapak projek mereka di Kerteh, Terengganu. Majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia itu dihadiri oleh lebih 500 jemputan khas.

Di atas jemputan Marc Schuller, Pengurus Besar Industrial Chemicals Arkema yang diterbangkan khas dari Perancis, Duta Perancis juga telah turut serta di dalam majlis tersebut bersama-sama dengan rakan sejawatannya dari Korea, Menteri Besar Terengganu dan juga wakil-wakil kanan kementerian dan agensi-agensi yang terlibat (Biotech Corp, MIDA, MOSTI, dan lain-lain).
Projek perindustrian yang lahir selepas kajian beberapa tahun ini bertujuan untuk mewujudkan dua kilang yang dimiliki bersama oleh Arkema dan CJ, yang bakal menjadi platform pertama Thiochemicals Arkema di Asia dan unit pertama global pengeluaran bio-methionine (ramuan dalam makanan haiwan). Projek ini melibatkan jumlah pelaburan sebanyak kira-kira USD 450 juta, dan dijangka mula beroperasi pada akhir tahun 2013.
