HyppTV, perkhidmatan TV terkini yang dibawa oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) menawarkan France 24 saluran pertama berbahasa Perancis di Malaysia. Ia boleh dilanggan di rangkaian HyppTV 128 pada harga RM20 sebulan untuk tawaran rangkaian premiumnya.
Duta Besar Perancis ke Malaysia Tuan Yang Terutama Martine Dorance turut hadir di majlis makan tengahari yang dianjurkan di hari pelancaran rangkaian TV pada 23 April 2012, yang turut disertai oleh
Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif dan Emily Wee, Naib Presiden Media Baru TM, manakala France 24 diwakili oleh Brice Bertrand, Pengarah Edaran Asia Pasifik dan Carrie Nooten, wartawan.
TM dan France 24 kemudian menganjurkan satu sidang akhbar bersama 15 media cetak dan elektronik.
Bersiaran di dalam bahasa Perancis di Malaysia, komuniti ekspatriat Perancis dan penutur bahasa tersebut bakal berpeluang mendapatkan berita mutakhir antarabangsa. Dilaporkan Malaysia mencatatkan peningkatan memberangsangkan dalam ketibaan pelancong tahun lepas dan kehadiran France 24 dilihat sebagai kelebihan untuk sektor pelancongan. Warga tempatan yang mempelajari bahasa Perancis di sekolah dan universiti juga bakal mendapat manfaat daripada siaran ini.
