
Duta Besar, diiringi oleh Penasihat Ekonomi dan Pengarah Ubifrance, telah membuat kunjungan hormat ke ibu pejabat Technip di Kuala Lumpur.
Beliau telah diterima oleh Ketua Pengarah untuk Malaysia dan Pengurus Besar untuk Asia dan Pasifik, Mr Edgar Pushparatnam, dan Mr Frédéric Baudeau, Pengarah Kewangan, yang membentangkan kepada beliau sejarah syarikat-syarikat Perancis yang telah lama bertapak di Malaysia (sejak 1982) serta perkembangan terbaru aktiviti mereka. Technip merupakan salah satu syarikat terbesar Perancis di rantau ini yang sedang pesat membangun, sekaligus membuktikan komitmennya untuk pembangunan jangka panjang sektor minyak-gas di Malaysia.
