Perancis di Malaysia Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur
fontsizeup fontsizedown
Accueil du site » Kenali Perancis » Masuk ke Perancis

Visa/peraturan masuk ke negara Perancis

Adakah anda memerlukan visa?

Apabila tiba di sempadan, semua warganegara asing yang ingin datang ke Perancis mestilah mampu mempamerkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tujuan lawatan, kemampuan menyara diri dan tempat tinggal. Di dalam sesetengah keadaan, visa adalah diperlukan. Permohonan mestilah dibuat di perkhidmatan konsulat Perancis sebelum anda berlepas.

Rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah (pasport antarabangsa) tidak memerlukan visa untuk tujuan lawatan sosial tidak melebihi 90 hari.

Untuk tujuan-tujuan lain: lawatan lebih 90 hari, mahupun berkerja atau belajar yang memerlukan anda membuat permohonan visa, sila dapatkan maklumat mengenai prosedur yang harus diikuti untuk membuat permohonan dan memuat-turunkan borang-borang. Sila rujuk kepada fail Venir en France (Datang ke Perancis) di laman web Ministère des Affaires Etrangères (Kementerian Luar Negeri).

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan visa?

Bayaran hendaklah dibuat secara tunai sewaktu mengemukakan permohonan. Pembayaran tersebut tidak akan dikembalikan, walau apapun keputusan yang dibuat di atas pengeluaran visa.

Kategori Jumlah bayaran Ringgit
Visa transit di kawasan lapangan terbang 60€ 277.78
Visa transit 60€ 277.78
Visa lawatan jangka-pendek (maks 90 hari) 60€ 277.78
sekali masuk atau beberapa kali masuk
Visa lawatan jangka-panjang (melebihi 90 hari) 99€ 475.2

Kemaskini terakhir 30 novembre 2009

Pautan berguna

Facebook Twitter Google+ Storify Youtube Dailymotion Flickr RSS